RAWATAN MUKA DAN BADAN UNTUK WANITA

March 7, 2009

Hi guys!
Aku sebenarnya, tolong member yang baru start bisnes. Ni advertisement dari dia. Aku masuk la kat blog aku. So klu ade yang berminat, contact-contact la dia. Aku rase rawatan and servis yang dia provide ni not bad. Aku tak pernah experience lagi, but kalu korang experience nanti, let me know. Al-maklum la, orang perempuan kena jaga macam-macam kan, bukan orang dah kawin and dah beranak jer, anak dara pun kena jaga dari awal. So, help yourself.

RAWATAN MUKA & BADAN UNTUK WANITA
PAKEJ EKONOMI
Ezt zyt enterprise


RAWATAN MUKA

Facial (Normal)RM 25.00

Facial treatmentRM 35.00

Eye treatment with Facial (N)RM 35.00

Facial treatment + Eye treatmentRM 40.00

Tambahan : Mask CollegenRM 10.00

Mask Collegen Pearl Whitening
RM 15.00

Ear Candle
RM 8.00

**Promosi = 4 kali rawatan PERCUMA 1 rawatan

RAWATAN BADAN

Body Scrub (Milk, Lemon, Pepermint, Lavender)RM 25.00

Body Mask (Smoothing, Moisturizing, Detoxificating, Slimming)
RM 20.00

Sauna Herba (Tradisional, Chinese)
RM 20.00

Sauna Aromatherapy
RM 28.00

Sauna Gel Slim + wrappingRM 35.00

Tungku Herba ( 1body)RM 15.00

Pakej A = ( Scrub, mask & Sauna Herba )RM 55.00

Pakej B = ( Scrub, mask & sauna Aromaterapy )RM 63.00

Pakej C = ( Scrub, mask & sauna Gel slim )RM 70.00

**Promosi = 4 kali rawatan PERCUMA 1 rawatan


URUTAN BADAN

Urutan tradisionalRM 30.00

Urutan Aromatheraphy (Ginger, lavender)RM 35.00

Urutan tradisional & saunaRM 35.00

**Promosi = 4 kali rawatan PERCUMA 1 rawatan

Tempat rawatan di rumah sila hubungi untuk temujanji
Rawatan untuk wanita sahaja……..

Bermula pada 1/3/2009…
Waktu operasi : 11.00am – 6.00pm
Saujana Puchong SP 8
012-9070286 ( Pn Nor)


BODY SCRUB

Milk = Vitamin C

Lemon = Whitening

Peppermint = Detoxification

Lavender = Relax


BODY MASK


Smoothening = Firming & Cooling

Moisturizing = Anti wrinkle & Relieving

Detoxifying = Inflammation Dismissing & refreshing

Slimming = Elastic



SAUNA- CARA MUDAH SEGARKAN BADAN
Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh badan yang segar adalah mandi sauna. Biasanya, mandi sauna dilakukan setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan. Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja. Jika diteliti dengan lebih mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean, Rusia dan India. Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya. Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi. Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak.Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam. Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan.

TIP:
Sebelum melakukan sauna: Biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna. petikan mingguan wanita bil.1185

HERBA SAUNA

Bersauna tanpa HERBA rasa seperti tidak lengkap;Terdapat 3 jenis produk yang menjadi pilihan semasa bersauna1- Herba Chinese. Kebaikan: Melancarkan peredaran darah, membantu menyegarkan badan dan membantu tidur yang lena.2- Herba Melayu.Kandungan : 14 herba akar kayu terpilih seperti serai wangi, Limau purut, limau kasturi, limau barli,Limau nipis, Halia Bara, Ibu kunyit, Daun Asam Jawa, Daun Cina, Pandan Wangi, Bonglai, Jeringau dan lain-lain.
Kebaikan:* Menyingkirkan toksik badan,* Menyembuhkan Luka2 dalaman selepas bersalin, * Mengurangkan Sinus/Resdung, Menyegarkan Badan, * Menghaluskan kulit, menyingkirkan lemak
Slimming Hot Mud Slimming Hot Mud ini disapu nipis (spt menyapu losyen) ke bahagian spt perut, pinggul, peha, lengan dll yang perlu. Selepas menyapu mud ini, adalah lebih baik sekiranya kita dapat membalut bahagian tersebut dengan plastik wrap sebelum masuk ke sauna.Kaedah ini selalu dilakukan dipusat pelangsingan badan.

1 comment:

  1. menarik ni kak.tapi alamak,bile kala nak poi..hehehe.klu kek melako ni sok jugak wadah poi.harga pun reasonable.

    ReplyDelete

Say Something