Pagi ni aku ade appointment kat Al Rafa. Appointment kul 10 pagi so aku kena keluar at least 9. Tau la jalan nk ke Bur Dubai, unpredictable. Aku sampai lewat 5 minit. Itu aku ok lagi, dah la parking jauh lak tu, aku ok lagi.. xpe.. aku set dalam kepala, xpe exercise. Aku jalan. Dah termengah-mengah tu, aku sampai-sampai aku cakap la mamat receptionist tu aku, " I have a 10 o'clock appointment with Dr.Saleena." Ok dia check jap. Aku tunggu la sambil berdiri. Sabar lagi, aku maniskan muka aku. Sekali penat aku maniskan muka, dia bole cakap appointment aku tak ade ngan Dr.Saleena hari ni. Hampeh! Habis tu? "But you have a 10 o'clock appointment with Dr. Mini Ravi." Ape hal lak nama aku masuk kat Mini Ravi plak?? Aku cakap la last week aku buat appointment, terang-terang aku cakap ngan budak yang set appointment aku tu, Dr. Saleena. Ape ingat aku suka-suka ke drive 40 minit dari rumah datang hospital ni untuk dengar dia bagitau aku tak aada set appointment. Nak salahkan aku le tu. Leking tu memang leking jugak, aku istighfar panjang-panjang. "So, how it's gonna be now?" aku tanya mamat tu. " We'll give you a token madam. So you are considered a walk-in." Berderau darah aku dengar. Aku masuk le dalam, tgk ramai nyer manusia. Bukan orang mengandung yang penuh duduk dekat waiting area and benches tu, tapi laki diorg, mak, mak mentua, adik dan sebagainya. Aku pelik tul tengok diorg ni. G check up hbs satu keluarga diangkutnya. Pastu bila aku datang sorang-sorang pandang aku macam nak telan. Ape tak pernah tengok independent woman ke?
Aku ni dah la penat, sarat, tak ade seekor pun manusia yang tak mengandung tu nak bangun offer aku seat diorg. Typical asian men! (Leking la especially!) Tak gentleman lansung! Aku berdiri la pandang tajam masing-masing yang buat muka hampeh tak reti nak bergerak tu. Aku tinjau la belah luar, ade tak seats. Luckily ade orang bangun, aku lepak la kat luar. Nasib la ade buku, ngan botol air. Aku layan la, dengan dunia aku sendiri.
Yang tak bestnyer, aku dah menunggu lebih 2 jam.. nama aku tak jugak naik-naik. Nak tak nak aku bangun, setiap nurse tu aku tanye. Diorg kate orang lain ada appointment. Aku cakap aku tau la, tapi masalahnya situasi aku sekarang sebab korang incompetent buat keje. Bukan salah aku aku kena walk-in hr ni. Aku cakap la, aku kena amik anak aku kul 12, ni dh 12 lebih. Takkan aku nak tunggu sampai appointment 4.30 ptg hbs baru korang nak bagi aku masuk. Memang angin! Nampak gayanya BP aku tinggi lagi la hari ni. Sampai ade nurse tu tanya aku, "Tired, huh?" Aku jawab, "Tired and angry!" aku tak kira.
Jam 12.15, aku dipanggil. Lega. Appointment aku bukannya lama, kejap jer, tak sampai 15 minit. Itupun diorg tak mau squeez in aku. Leking! Tapi nurse yang kat luar tu memamg rasa guilty sangat. Dia apologize banyak kali. Aku cakap takpe. Tapi aku buat komplen gak kat admin diorg pasal budak yang salah set appointment aku. Biar dia. Kalau tak nanti, aku kena lagi macam tu. Tak pun orang lain. Perut aku dah la lapar. Aku risau kan anak aku. Tapi aku dh call hubby aku amik dia dulu kat sekolah. Tapi budak kecik tu mesti monyok. Perut lapar... aku terus teringat hari ni aku buat rojak. Tak sabar nak balik makan rojak.
Aku x peduli la Kamal nak ckp ape pun, aku nak jugak bubuh gamba rojak ni! Yana punyer pasal bubuh gamba rojak dalam Yana Fotopages, aku keliur tengok rojak. Aku nekad, aku cari resipi pastu aku jumpa, aku buat la rojak ni. Ini lah hasilnya.
Anyway, due aku 18hb. Means next week. Luckily aku dah tak payah nak buat appointment lagi. Dr. Saleena kate by 20th tak bersalin dia suruh datang. Atau kalau baby tak gerak ke ape ke.. sakit ke. Datang hospital, dia ade pagi sampai malam. Pastu aku decide le klu aku nak masuk ubat ke ape ke. Tak mau le aku. Sakit! Dia kate to induce labour, try squating. Hmm.. bagus gak. Aku nak buat. Dukung-dukung Tini ke kan..? Untung beranak la aku minggu depan. Dah tak larat la.. dengan sakit sana-sini. Huh!
Oklah, nanti aku sambung lagi. Saje nak lepas kan geram.
Chow!
ala kecian nye akak den ni.takpe dugaan saat akhir tu kak.sabar ek.yeahhhh kalo makan bleh ilang marah.hahhaa pilihan bijak.
ReplyDeleteAlah siannyer adik akak nih. Pai...adik lelaki akak balik dari Dubai jumaat nih...awak nak kirim ape2 dari sini ke??? bole akak suruh dia antokan. Kot2 awak ade teringin ape2 ke.... tapi dia balik seminggu..takut awak dah bersalin...apepun kalau ade keperluan yg nak dapat dari sini kasitau kak ani okeh.....
ReplyDeleteAlah siannyer adik akak nih. Pai..adik lelaki kak ani nak balik Malaysia jumaat nih. Kalau awak ade ape2 keperluan nak dapat dari sini kasitau kak ani yer....bila dia balik dubai sok kak ani suh dia anto kat umah awak......
ReplyDeletesian ko pai...sib baik ade rojak..wat redakan skit kemarahan ko tu ek...hehehe.....
ReplyDelete