Sambal goreng

May 28, 2009

Setelah lama stop masak untuk all the guys and gals kat ofis hubby, akhirnya aku start masak balik untuk diorg. Itupun selepas dipujuk rayu oleh diorang pasal tak larat makan nasik hospital kat site ofis tu. The first day aku masak hari tu aku buat soto ayam. Giling rempah sendiri, nasik impit pun buat sendiri ala2 ketupat plastik.
Semalam aku 2nd day, aku masak sambal goreng. Pergghh.. ramai la yang tak sabar2 menunggu menu nih. Pada yang tak biasa, ni masakan orang jawa. But sometimes isi sambal goreng ni lain2. Tapi bahan utama, tempe.. jangan lupa tau.
Ni resipi yang aku guna, belajar dari mak aku, dan dari arwah nenek aku.
Sambal Goreng (serves 4)

Bahan mayang:
1. Bawang kecil 6 biji atau (boleh guna) bawang besar 1 biji
2. Bawang putih 3 biji
3. Halia 1 inci
4. cili merah & hijau 5 biji

5. Santan pekat 3/4 cawan
6. asam jawa 1/3 cawan
7. Belacan sedikit
8. Kicap manis 5 sudu (atau secukup nye)


Bahan goreng (semua digoreng cukup masak, tetapi jangan terlalu garing)<>
9. Tempe -1 pek plastik, potong dadu (jangan terlalu kecil)
10. Kentang - 4 biji
11. Tauhu - satu pek, potong dadu (saiz bersesuaian)
12. Pedal/hati ayam - 500g (boleh juga ganti dengan paru atau daging)

Bahan lain
13. soh-hoon - (anggaran) 200g direndam
14. petai - (anggaran) 50g
15. garam dan gula untuk rasa
16. Serai - 1 batang (dititik, pecah)
17. Cili boh/cili kering (dimesin) - 1 sudu (nak pedas tambah lg.)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan mayang dan serai, kecuali cili ditumis hingga wangi.
2. Masukkan pula cili, tumis hingga terbit minyak.
3. Hancurkan belacan dalam air asam jawa, masukkan dalam tumisan.
4. Masukkan pula santan, dan garam.
5. Kacau perlahan masukkan garam dan kicap. Kacau hingga hampir mendidih.
6. Rasa, pastikan rasa manis dan masin cukup. Biasanya sambal goreng akan sedikit manis, jadi jika kurang manis, tambah lagi gula tetapi jangan terlalu banyak.
7. Bila sudah cukup rasanya, dan kuah sudah hampir mendidih, masukkan semua bahan goreng tadi, termasuk cili hiris dan gaul rata.
8. Kacau rata, biarkan sebati dan tutup api. Hidang.

Biasanya orang jawa buat sambal goreng ni time kenduri dan makan nasi ambeng. Kadang-kadang sehari sebelum raya, tradisi 'munjung' iaitu bertukar menghantar makanan ke rumah jiran2.. sambal goreng ni mesti ada sekali. kalau dah start meratah sambal goreng ni memang tak mau berhenti. Tak payah lauk lain, makan ngan nasik je dah cukup.
Next week nk kena pikir menu lain plak..

7 comments:

  1. adoi ini feveret wadah ni kak.sodapnye,tapi slu takde guna santan n sambal warna merah ye.adoii lapa la tengok menu akak ni

    ReplyDelete
  2. sedap smbl goreng tu..tingat dulu arwah MIL sllu buat sehari sblum raya..pastu tukar2 ngan jiran2 dptla rasa mcm2 versi smbal goreng.

    ReplyDelete
  3. fairus

    best ni sambal goreng..sure asben suka dia org jawa hehehe

    psst esok joint tak kat safa park?

    ReplyDelete
  4. wahhhhh bisnessss..gud gud guddd...nxt time buat nasi ambeng gan sambal goreng+ikan kering+daging or ayam..boh dalam daun pisang.. bukus mcm nasi lemakk tuuhhh.. asyikkkkkkkkkkkkkkkk..;))))

    ReplyDelete
  5. ni hantar ke opis mana ya? tumpang order sekali boleh?

    ReplyDelete
  6. nak order gak boleh?? lepas tak kat dubai metro project nie... kalau lepas mau hari2 order tau...:)

    ReplyDelete
  7. sarahmirza : hantar kat ofis hubby (TAK), diorg kat site Nad Al Sheba skrg. Tiap2 hari diorg makan nasik kat mess hall tu muak katenye.. macam nasik hospital. ofis awak kat ne ye??

    ka.sheila: tu kena tanye runner (en.hubby) yg bawak nasik tu.. lopeh ko tak.. hihiihi.. klu lopeh.. buleh hanta.

    ReplyDelete

Say Something