Samad Iraqi Restaurant

June 8, 2009

Jumaat baru-baru ni.. as usual weekend sehari untuk hubby. Rutin, sejak aku start masak untuk orang ni, dah lain. Pagi-pagi hubby kuar dalam 6 pagi pergi Fish Market kat Shindaga Tunnel. Beli lauk untuk menu this week. Aku..? Aku sejak dah ade baby mcm mana nak pegi? Dengan panasnye summer.. hari tu sekali aku pegi, tinggalkan Falisha dalam kereta dengan en.Fadzil, die punye nangis sebab tak mau duduk dalam kete.. haru! So hubby decide, die je pegi sendiri every Friday early morning. That afternoon, dapat call dr member hubby si Zamzuri, tanya jadi tak nk join dinner kat kedai ikan bakar. Kitaorg ok je. So janji malam tu jumpe pukul 9. Kami pun nak pergi Karama dulu nak cari travelling bags, sebab me and the kids will stay for more than a months kat kampung, hubby plak balik dulu sebab cuti tak lama.
Sampai-sampai, diorg tak sampai lagi. So tunggu la. This place, is located in Murraqabat street, Deira, Dubai. Diorang serve Iraqi cuisine plus other Arabic and Mediteranean Cuisine. Sampai2 je, diorg akan serve roti nan, panas-panas! Plus dengan sup kentang yang dicampur sayur-sayuran. Sedap sangat! And the main dish, objektif utama kami datang ke situ, ialah untuk makan ikan bakar. Sedap giler! Ikan seekor, average 3 kg. Bole makan 4-5 orang seekor. Besarnya ikan tu, lebih kurang 7 tapak tangan. Sebab ikan tu dah dibelah, bukak before die bakar. Panas2, kitaorg serang ikan tu. Kami 8 orang, 2 ekor ikan. Lepak kat kedai tu sampai almost 12, dan meja kamilah yang paling meriah. Huhuhuh..
Alhamdulillah, dari petang kul 6 kami keluar, Falisha tidur dengan lenanya sampai lah kami balik, baru dia bangun. Alhamdulillah, baik anak Ummi kan. Memang penuh perut. Makan roti, ikan lagi. Sup dia lah yang paling sedap.. tak tergambar sedapnya. Balik tu.. memang tak tahan mengantuknye mata.. mana taknya licin makan ikan tu.. perut kenyangkan? Anyway, I recommend this restaurant to you guys. Pergilah.. selesa pun nak bawak budak2, hiasan dalam die ala2 traditional Iraqi.. plus, waiter handsome! Trylah!

2 comments:

  1. menarik ini ikan bakar..tapi tulah mencari location di dubai ni jln belit2..hari tu pernah pergi tawasol...2nd time nak pergi pusing2 tak jumpa clock tower tu last2 makan kat tepi port entah nama apa yg ada byk boat kecil tourist selalu pergi seberang laut naik boat..

    ReplyDelete
  2. fida: ohh maybe tu dekat area Al Bandar kot.. klu yelah.. tempat tu nice or what.

    ReplyDelete

Say Something