'Lama tak makan Tau Foo Fa..' terdetik pulak kat hati ni. So I did bought some soy beans... apa lagi masuk dapur rendam. After 5 hours jenguk balik. Hmm.. dah boleh blend dah. Bertungkus lumus memerah soya yang tak seberapa tu. Lenguh jugak tangan. Anyway, hasilnya memang memberansangkan, En. Fadzil pun puji, sedap tau foo fa tu. 'Very silky!'
Nak buat homemade Tau Foo Fa (Soy Curd)
serves 5
Bahan-bahan:
Air Soya
- 150gm Kacang Soya (rendam 4-5 jam, jangan lebih2)
- 6 cawan air
- 2 1/2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh 'sek ko' (as shown in the picture next to the corn flour)
- 1 cawan air soya (ambil dari hasil perahan soya)
- 2 helai daun pandan (utk merebus air soya)
- 1/2 cwn gula merah
- 3/4 cawan gula pasir
- Daun pandan disimpul
- 4 cawan air
- Kacang Soya yang telah direndam, dicuci dan ditoskan.
- Kisar hingga lumat dengan 2.5 cawan air.
- Perah dengan menggunakan kain muslin atau ape2 kain dari kapas atau yang sesuai.
- Hampas dari perahan tadi dikisar lagi dengan 3.5 cawan air lagi.
- Perah lagi.
- Asingkan 1 cawan air soya tadi sebelum direbus.
- rebus bakinya hingga mendidih bersama2 daun pandan yang disimpul.
- sementara menunggu untuk mendidih, bancuh tepung jagung dan 'sek ko' dengan 1 cawan air soya tadi.
- Tuang bancuhan tersebut ke dalam 'tupperware' atau apa-apa bekas yang sesuai dan bertutup rapat. (saya guna tupperware)
- Sebaik sahaja air soya yang direbus tadi mendidih, tuang dengan segera ke dalam tupperware, dengan cara seperti menarik teh, dari bawah ke atas.Untuk memastikan bancuhan tepung dan soya sebati, tanpa perlu mengacaunya.
- Kaup buih di atas tau foo fa tadi, perlahan tanpa menyentuh tau foo fa tadi.
- Tutup bekas dan biarkan selama 30 - 60 minit untuk membeku. (biasanya kalau bancuhan menjadi, kurang dari 1 jam, tau foo fa akan beku.)
- Masak air gula.
- Hidangkan tau foo fa bersama sirap gula.
p.s. Untuk bazaar ramadhan minggu ke-3 ni, saya akan jual Tau Foo Fa. Pre-order are welcome!
fairus..sedap betul lama tak makan tau fo fa..nak buat tak reti hehehe order ajelah ya..nak satu dan popiah basah nak 2 ya..jgn lupa hehehhe.tq
ReplyDeletefida: thank you... ok,, kali ni pek siap!
ReplyDeletemmg sah rajin akak ni.macam2 masakan :)
ReplyDeletesis....salam berkenalan....
ReplyDeleteajue nak order satu taufufa...n popiah basah juga....jumaat ni kita jumpa....
salam ..amboi sampai ke sana bawak benda nak buat taufufa tu...rajinnya dia meniaga...
ReplyDelete