Mee Kuning Homemade dan Mee goreng Mamak.

August 4, 2009


I made my own noodle. Senang sangat. But buat manual pakai pasta machine. Mee ni, sihat sebab tak pakai asid borik @ air abu macam regular mee yang kita beli kat kedai. Anyway, bahan-bahan dan cara-cara macam kat bawah ni.

Homemade Yellow Noodle @ Mee kuning Homemade
(menghasilkan 1.2kg)

1. Tepung Gandum 500g
2. Air 230 ml
3. Telur 1 biji
4. 1 sudu teh serbuk kunyit
5. tepung ubi (untuk elakkan melekat)

Cara-cara:


1. Buat perigi atau lubang di tengah-tengah tepung dalam mangkuk adunan.

2. Bancuh bahan no. 2, 3 dan 4 dan tuang di tengah-tengah perigi tadi.

3. Gaul semua bahan sedikit demi sedikit dari tengah ke tepi hingga menjadi doh.

4. Doh mee ini agak kering, bukan seperti doh karipap.

5. Rehatkan doh tadi selama 20 minit sambil ditutup dengan kain lembab.

6. Sediakan mesin pasta, dan dulang.

7. Didihkan air di dalam periuk atau kuali dan bubuh sedikit minyak masak.

8. Ambil sedikit doh tadi (anggaran segenggam tangan), dan mula masukkan ke mesin penggelek untuk mula meleperkan adunan tadi. Letakkan tahap penggelek pada no.7.

9. Ulang proses ini pada doh itu sebanyak 6, 7 kali sambil menyapukan tepung ubi pada doh yang telah leper tadi dipertengahan proses, supaya tidak melekat.

10. Tukar tahap penggelek tadi pada no.6 dan gelek lagi hingga rata.

11. Tukar pula tahap penggelek pada no.5 dan gelek lagi.

12. Masukkan adunan yang telah rata tadi ke dalam acuan mee pula, dan bubuh sedikit demi sedikit tepung pada adunan itu sambil dimesin menjadi mee.

13. Mee yang telah siap di rebus seketika dalam 2 hingga 3 minit, tos, basuh dengan air sejuk, tos dan digaul dengan sedikit minyak.

14. Air rebusan mee itu sebaik-baiknya gunakan untuk sekali rebus setiap kali. (Saya buat 5 genggam doh untuk setiap sekali rebusan) Siap untuk dimasak atau disimpan.

15. Ulang semula proses di atas untuk baki doh, dan buat hingga habis.

Mee buat sendiri ni, memang sedap. Pastu sihat, nk makan tiap-tiap hari pun boleh, sebb xde campur asid borik atau air abu. Saya buat mee ni malam tadi untuk breakfast budak2 pagi ni. Cambiasa la, dah start buat catering kecil2an ni. Memandangkan mee ni fresh buat tak ade pengawet, so taklah tahan macam mee beli kat kedai tu. Apa-apa pun selamat mencuba. Kalau malas nak buat, boleh order je... hahahahah..!

Sambil-sambil tu, nak share jugak resipi mee goreng mamak.

Mee Goreng Mamak
(untuk hidangan 4 -5 orang)


1. 500g mee kuning
2. Bawang merah (hiris nipis), 3 ulas
3. Lada kering mesin
3 sudu makan
4. Rempah kari
1 sudu makan
5. Sos Tomato 2 sudu makan

6. Kicap pekat 1/2 cawan
7. Kicap Masin 1/2 cawan
8. Tauhu goreng 3/4 cawan, hiris-hiris
9. Perencah (terpulang, samada ayam/daging/ seafood), 3/4 cawan
10. Sawi, 1 cawan
11. Taugeh, 1/2 cawan
12. Telur 1 biji
13. Daun bawang, cili merah hiris, bawang goreng dan hirisan limau nipis (untuk hiasan dan perasa)

Cara-cara

1. Tumis bahan no.2 dan no.3 hingga terbit minyak.

2. Masukkan perencah dan tumis hingga hampir masak.

3. Masukkan bahan no.4, no.5, no.6, no.7. Kacau rata.

4. Masukkan tauhu.

5. Masukkan mee, kacau rata. (gunakan sudip dan senduk kayu untuk mudah meratakan mee dan kuahnya, angkat mee, kiraikan perlahan-lahan dan ulang-ulang hingga rata. Dengan cara ini mee tak akan hancur tetapi cantik dan rata)

6. Masukkan pula sawi, ulang proses menggaul tadi.

7. Tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur di tepi mee, dan apabila hampir masak mula pecahkan dan gaul rata pada mee tadi, perlahan2.

8. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata perlahan-lahan selama 2 hingga 3 minit (untuk memastikan taugeh tidak terlalu layu dan kekal rangup apabila makan)

9. Tutup api, sedia untuk dihidang. Taburkan bahan no.13. Bolehlah makan.

Selamat mencuba!

13 comments:

  1. fairus

    thanks sudi share resepi..pernah sekali buat mee homemade tapi guna air abu..resepi tak guna air abu kira baguslah...bolehlah try nanti hehehhhe tapi mesin mee pulak tertinggal kat msia hehehhehe

    ReplyDelete
  2. pandainye ko wat mee kuning...nampak cam senang je....mee goreng mamak tu feveret aku...sedapnyeeerr...bak skit...

    ReplyDelete
  3. fida: xde hal nye share. Ilmu kan, fida pandai buat roti share jugak ilmukan? kire bertukar2 ilmu la ni. Berkat.

    yana: meh la.. datang sini aku leh masakkan ko tiap2 hari. tapikan mee kuning ni jauh sedap dari mee yang ade ubat tu.

    ReplyDelete
  4. wow..menyelerakan..

    terer giler ko masak paiii....

    ReplyDelete
  5. lina : thanks. Tak lah terrer, bole lah masak.

    ReplyDelete
  6. Salam Siti,

    I link yr blog...

    aiza

    ReplyDelete
  7. mee mesia cina yg buat...huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. salam siti...wah..dah buat mee sendiri....kt finland yg menarik byk bangunan lama2 lah....shoppinglah...yg paling menarik....dtglah...klu nak dtg sini beritahu ira ekk....

    ReplyDelete
  9. 1st of all.. wa caya lu!!! ahaks..
    mak aii rajin tuhhh...
    salam org nun di sanunnn..pekabooo..anak2 sihat..suami? hehe..

    ReplyDelete
  10. salam fairuz...selamat menyambut ramadhan al-mubarak pada fairus sekeluarga....

    ReplyDelete
  11. amboiii meriah giler..macmaner jualan kat bazar?
    ky nak mengucapkan EID MUBARAK mohon maap lahir dan batin buat tini sekeluarga..jgan lupe amek kad kat rumah sebelah yerkkk ;)))

    ReplyDelete
  12. salam,
    saya nak tanya mee kuning ni jual macam mana?kalau nak order macam mana?tolong bagitau ya.saya tinggal dubai jugak.email saya lindamum@gmail.com

    ReplyDelete

Say Something