Ayam Ungkep

June 1, 2009

Ni lagi satu masakan jawa. Senang nak masak sesuai untuk semua waktu. Masak lauk untuk pagi raya pun bole untuk budak2 makan.

Hari ni menu untuk budak2 ofis aku masak lauk ni, dengan kerabu epal hijau. Memang jodoh lah lauk ni.. aku makan sedap je.. Lauk ni memang favourite Tini jugak.. so before lunch hour dia dah mintak nasik so by 12 noon kitaorg dah siap lunch.

Came nak masak? Resipi nye seperti di bawah :

AYAM UNGKEP

1. Seekor ayam (anggaran 1.3kg), di potong 8
2. Serai 1 batang (diketuk, pecah)
3. Bawang merah 3 biji*
4. Bawang putih 5 biji*
6. Halia setengah ibu jari*
*tumbuk bahan2 ni.

7. 1.5 sudu makan serbuk ketumbar*
8. 1 sudu makan serbuk jintan*
9. 1/2 sudu makan serbuk kunyit*
*bancuh bahan2 ni dengan air supaya jadi pes

10. Air asam jawa (1/2 cawan)
11. Garam kasar 1 sudu makan
12. Gula 3 sudu makan
13. sedikit air
14. sedikit lada hitam

CARA-CARA:

1. Tumis bahan tumbuk dan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan pula pes tadi. Tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan lada hitam.
4. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan tumis tadi. Tutup kuali atau periuk, kecutkan ayam dalam 10 minit atau hingga isi hampir masak.
5. Kacau ayam tadi agar tidak hangit pada bahagian bawah.
6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul rata, masukkan sedikit air untuk mendapatkan kuah.
7. Gaul lagi ayam, pastikan ayam betul2 masak. Rasa garam dan gula.
8. Masakan ini hendaklah manis sedikit, sekiranya garam dan gula kurang, tambah ikut selera masing2.
9. Bila siap, boleh la dihidang

p.s. masakan ini, sesuai untuk orang berpantang. Selain dari ayam, boleh juga diganti dengan sotong, daging, hati/pedal ayam, limpa dan paru.