Kenapa Penting Berpantang Selepas Bersalin (Ibu dan Bayi)

February 17, 2009

Dah nak dekat bersalin dah aku..

Next month 31st due date, aku x tau la nk cakap perasaan aku skrg ni. Kadang-kadang ok, kadang risau, but most of the time relax je la. Laki aku yang terlebih-lebih risau al mklum la, sendiri kat sini, tak ada orang tua nak tolong. Nak tak nak semua kena buat sendiri. Berpantang pun sendiri la gamaknya.

Pengalaman anak sulung dulu, dh ada. berkat tunjuk ajar mak aku yang sangat Jawa, insyallah aku ingat dan dh siap bukukan lagi untuk panduan laki aku dan kawan-kawan lain yang nk bersalin kat sini. But ramai kawan-kawan aku sanggup tinggal kan laki diorg sampai 5,6 bulan sebab nk balik Malaysia bersalin. Pilihan masing-masing, tapi aku nk sama ngan laki aku, sampai saat aku habis pantang nanti.

Sebut pasal berpantang, ramai yang ambil kisah x kisah pasal pantang ni. Moden la katakan. Ada jugak yang bersalin ada mak nak jaga tapi, macam tak berpantang. Ada jugak orang tua macam tu.

Oleh itu aku nak kongsi kenapa penting berpantang lepas bersalin ni.

1. Paling penting, untuk kesihatan ibu dan anak. Luaran dan dalaman. Sebab kita dh mengandung 9 bulan, lepas tu meneran lagi nk keluarkan budak tu, luka, kena jahit bagai, sebb tu la kena jaga elok2. Masa ni lah pentingnya makan jamu, dan supplement kesihatan yang lain. Benda-benda tu maybe bunyi mcm kolot, tapi aku mmg tradisional gile bab ni. X kira la, tapi aku nk sihat dan slim balik la, untuk sepanjang hayat. Insyallah.

2. Nak cantikkan balik badan kite. Badan dah kembang, berpantang la jawabnyer, makan, minum semua kena jaga. Pergerakan, kena jaga. Berbengkung, berurut dan bertungku untuk pulihkan semula semua yang dah tak elok tu. Angin-angin dalam badan, darah kotor dan lain-lain yang x elok.

3. Persediaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang. Kesannya klu x berpantang betul-betul xkan nampak sekarang, tetapi bila kita dh makin berumur. Masa tu lah, sakit yang pelik-pelik ni datang.

4. Disiplin diri dan anak. Masa berpantang bukan sahaja untuk kesihatan kita, tapi bayi juga. Disiplin tu maksudnya, kita patuh pada apa yang boleh dan apa yang tidak. Anak kita macam tu juga, dipakaikan barut agar x masuk angin dalam perut die. Bukan itu sahaj, perut anak tu cantik, x buncit macam budak kena cacing bila dia dh besar sikit nanti. Cuba la bezakan budak yang maknya disiplin dgn tidak, jauh beza. Biasanya klu budak yang maknya x ketat pantang larang perangainya agak.... 'you-know-how'. Yelah klu dalam pantang x bedung, belum habis pantang dah pegi shopping mall lah ape lah, mana la perangai budak x lain macam ye x?

Aku rasa tu je la kot. Yang aku ingat, sebb aku main taip je blog ni. Itu antara yang paling penting la. Klu ikutkan banyak lagi isi-isi yang kecik-kecik tu, tp ini yang utamanya. Oleh itu, kengkawan yang malas nk berpantang betul-betul, ingatlah. Memang la korang boleh slim biler pegi Slimworld bagai, tp ingat kesan jangka panjang. Slim aje sebb g beauty saloon x guna jugak. Banyak yang perlu diambil kira. Khasnya anak kite tu, dan dalaman. Klu nanti suami ade komplen bagai, jangan marah yer...

Chow!

No comments:

Post a Comment

Say Something