Habit And Routine during Confinement

March 3, 2009

Disebabkan ibu aku Jawa, aku pun pantang macam orang Jawa betul-betul. Biarlah orang nak kata tradisional sangat ke ape ke.. tapi aku tau kenapa ibu aku tegas sangat bab-bab berpantang ni. Aku tak pernah lagi jumpa orang yang berpantang ketat style Jawa ibu aku ni, walaupun di kalangan orang Jawa sendiri. Hasilnya sihat sepanjang hayat. Ingat, berpantang bukan untuk cantik jer semata-mata. Klu cantik je tapi dah tua nanti sakit sana, sakit sini, harap body je cantik, tapi dalam tak sihat, tak guna jugakkan? Aku lepas pantang Tini dulu, tak ade lah slim giler macam plywood, tapi, alhamdulillah masalah yang sering dialami wanita yang pernah mengandung dan melahirkan, tak pernah lagi aku alami. Mungkin berkat amalan tradisional ni. Ada antara amalan ni, aku amik dari panduan penggunaan Nona Roguy, sebab aku guna set dia, tapi lebih kurang la dengan amalan yang ibu aku ajar dulu.
AMALAN DAN RUTIN SEPANJANG BERPANTANG

SELEPAS BERSALIN (WAD)

SEBAIK SAHAJA KELUAR DARI BILIK BERSALIN / PEMBEDAHAN (IBU)
Gosok tipis, MINYAK HERBANIKA ke bahagian kulit kepala serta tengkuk dan bahu. Ikat rambut ketat dan rapi.
Bertujuan : meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yg melalui caesarean.

Sapu rata MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, lutut, belakang lutut, betis dan tapak tangan. Pakai stokin. Dan berbengkung ringan.

Bagi Caesarean: Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta pinggang (kecuali bahagian surgery), pastikan kegunaan strap on binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan pada bahagian surgery). Amalan ini boleh diteruskan selama 2 minggu untuk langkah penjagaan awal.
Bertujuan : Membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa meneran) atau (kurang pergerakan semasa proses pembedahan) dan melancarkan aliran darah.

Bagi yang normal : Tuang kan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit (biar mengalir ke celahan sulit terus ke bahagian episiotomi/luka jahitan) dan tuang kan atas tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
Bagi Caesarean : Tuang MINYAK HERBANIKA ke atas tuala wanita. Pakai dengan selesa.
Bertujuan : Membantu mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.

Bercebuk bahagian sulit : Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas. Peket ditekan agar pati herba keluar.
Kesat kering. Sapukan MINYAK HERBANIKA ke bahagian luka jahitan ‘episiotomi’ dan tuangkan ia di atas pad.
Bagi caesarean : Kaedah yang sama, kecuali pada bahagian luka surgeri. Kesat kering. Tuang kan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masalah ‘rengat’ atau ketidakselesaan di bahagian perut.
Bertujuan : Membantu menghindarkan jangkitan kuman (infection), kegatalan kulit, mencegah darah berbau, menyembuhkan luka, menghindari kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka ‘episiotomi’.

AKAR HERBANIKA, sebagai minuman anti oksidan. Rendam 2 peket dalam flask sehingga pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum masukkan satu sudu teh – satu sudu besar madu lebah asli sebagai penawar, penguat darah, anti bacteria dan sumber tenaga. Diminum suam panas, suam atau suam sejuk.
AKAR HERBANIKA – Di rumah peket herba ini direbus dan di tuang untuk disimpan dalam termos atau flask.
Bertujuan : Sebagai minuman antioksidan. Membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan, atau ‘water retention’, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak degil, serta mengatasi keletihan dan sakit sendi.

Malam selepas bersalin, boleh la mulakan detox badan dengan PHYTO FIBER. Untuk meningkatkan daya serapan ubatan dan jamu yang bakal diambil. Sepeket Phyto Fiber setiap kali minum, sebelum tidur selama 3 hari.

SEBAIK SAHAJA KELUAR DARI WAD (BAYI)
Bayi disusukan dengan air susu yang pertama sekali keluar (warnanya agak kekuningan dan pekat) sebagai anti-bodi untuknya. Kerana ia mengandungi kolestron.

Bersihkan bayi secara ringan sekiranya perlu dibersihkan.
**Salah satu cara untuk bayi tidur lena siang dan malam, adalah mandi. Kebanyakan orang berpantang, bayi hanya dimandikan pada waktu pagi sahaja. Tidak waktu petang. Sepertimana kita, bayi juga mahu merasa bersih dan selesa. Tidak mandi pada waktu petang sebelum senja, menyebabkan bayi tidak boleh tidur lena kerana tidak selesa dan berjaga malam.

Sapukan MINYAK HERBANIKA di sekitar perut, pinggang, peha dan kaki bayi. Untuk mengelakkan sejuk dan masuk angin, serta memberi keselesaan di bahagian perut.
Turut membantu melancarkan sistem kumuh bayi.
Barut rapi sekitar perut bayi, agar tidak masuk angin atau kembung.

Pakaikan baju, stokin dan sarung tangan.

Bedung kemas agar bayi selesa, kemas dan tidur dgn lena.

Susukan bayi sekerap yang mungkin. Ini boleh membantu mengelakkan demam kuning/jaundice.

SELEPAS BERSALIN (RUMAH)
Sebaik sahaja pulang bolehlah diteruskan amalan seperti di atas.

Bersihkan diri, mandi wiladah (mandi wajib selepas melahirkan)

Bersihkan bayi dengan rapi.

Jangan bergerak terlalu banyak atau kasar (khasnya minggu pertama) minimumkan pergerakan. Jalan perlahan dan hati-hati (dikhuatiri akan terbuka jahitan)

Mulakan pengambilan jamu pada hari ke-4. *(hari ke-7 bagi caesarean) PHYTO NATAL (diambil pada setiap waktu pagi selepas sarapan untuk melawaskan pembuangan air besar dan sebelah awal petang agar tidak mengganggu waktu tidur).
PHYTO NATAL : 2 – 4 tablet bagi yang lawas buang air besar (normal)
PHYTO NATAL : 4 – 10 tablet bagi yang tidak lawas buang air besar (sembelit)
PHYTO NATAL : 1 – 2 tablet bagi yang terlalu lawas buang air besar (sensitif)

Bertujuan : Membantu membersihkan rahim, dengan mengeluarkan angin lendiran, darah kotor dari dalam sistem badan, mengatasi ‘angin meroyan’ serta ‘kemurungan’, mengeluarkan susu ibu dengan lancar. Menambah daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta kecil. Mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap dan menyerikan wajah.

Mulakan pengambilan makanan dan ubatan tambahan selepas selesai proses detox.

MADU AMAZING : Boleh dijadikan amalan pengambilan bersama AKAR HERBANIKA sementara proses detox berjalan.

NU-AGE : Ambil sebelah pagi 20 minit sebelum sarapan

BIDADARI : Ambil sebelah pagi selepas sarapan. Elakkan makan dan minum air sejam selepas pengambilan.

SOY COLLAGEN : Ambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

SUSU KOLES-GEN DCL : Ambil ketika sarapan pagi
RED GUARA CAFÉ : Ambil untuk minum petang

Berurut selama 3 hari ke seminggu berturut-turut.
Bertungku selama tempoh berpantang. Seluruh badan dan sekitar rahim.
Bertujuan : melancarkan pengaliran darah, mengecutkan rahim, mengelakkan angin memasuki badan, merawat sendi dan otot dan memperbetulkan peranakan.

Memakai BENGKUNG selama tempoh berpantang (wajib) atau sehingga 100 hari. Selepas berurut atau bertungku. Mulai hari ke-4, sapu KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha sebaik sahaja selepas sapuan MINYAK HERBANIKA, barulah berbengkung.

Pastikan KAIN BENGKUNG dipakai dari paras bawah payudara sehingga melepasi peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.

BENGKUNG dipakai dari pagi hingga lewat petang. BENGKUNG dibuka hanya untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit. Langkah di atas diulang untuk persediaan diri untuk waktu malam. Bengkung dipakai semula untuk semalaman.
Bertujuan : Untuk mengatasi perut lembik, besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Mengempiskan perut serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Juga mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.

Berlulur sebelum mandi dengan HERBANIKA LULUR. 2 sudu besar dibancuh cair dengan air suam. Sapu rata seluruh badan, dan lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan kawasan perut dan puting payudara.
Sebaik-baiknya bilas dengan mandian herba. Amalan ini diulangi selama 30 ke 44 hari untuk kesan terbaik.
Bertujuan : Menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi/kehitaman atau berjeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan badan yang telah kembang atau sembab angin. Mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan, mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf, dan mengatasi bengkak vena atau vena varikos, membantu menegangkan payudara yang kendur dan atas penyumbatan payudara.

Memakaikan barut pada bayi selama tempoh berpantang (wajib) atau sehingga barut tidak muat.
Bertujuan : Untuk kecantikan perut dan badan bayi dan mengelakkan kembung perut
Membedung bayi sepanjang tempoh berpantang (wajib) atau sehingga 60 hari.
Bertujuan : Untuk keselesaan bayi agar tidur lena dan tidak mudah terkejut. Salah satu cara awal untuk mendidik dan mendisplinkan anak. Bedung yang kemas dan kuat juga akan menjadikan tangan bayi lurus cantik, dan kaki tidak bengkok atau kengkang apabila besar kelak.)
Makan nasi yang lembut dan panas untuk makan tengahhari dan malam. Jangan makan nasi yang di panaskan semula atau sejuk. Jangan makan terlalu banyak, atau bertambah seperti makan biasa.

Elakkan makanan yang dilarang. Ambil makanan yang dibolehkan sahaja untuk dimakan.
Tidur, bantal tinggi. Agar kepala lebih tinggi dari badan. Untuk mengelakkan darah putih naik ke atas kepala, boleh mengakibatkan rabun dan sakit kepala.

Pakai stokin dan selipar sepanjang masa berpantang. Untuk mengelakkan sejuk dan masuk angin.

Duduk bersandar dan berselimpuh atau melunjur kaki. Kaki hendaklah sentiasa rapat.

Tidak keluar rumah kecuali perlu sahaja. (hospital, klinik, etc)
Bertujuan : Mendisiplinkan diri dan langkah awal mendidik dan mendisiplinkan anak yang baru lahir.

3 comments:

  1. mengandunglah dikau wahai wadah... :))
    mengandung yo print out ilmu akak ni ha.hehe

    ReplyDelete
  2. Fuyoo...panjangnya senarai pantang. Kena print dan tampal kat peti ais nih...

    ReplyDelete
  3. alladiin : memang kena tampal kat fridge. saya dh siap bukukan untuk suami saya. sebab dia yang nk jaga saya berpantang nanti. mak bapak jauh, xde sape yang leh dtg pun...en.ashri klu nk join d club pun leh gak lah nnti tampal kat fridge. hahhaha..!

    ReplyDelete

Say Something