maKanan laGi..! Kek Sarang Semut and puYuh peRcik

March 5, 2009

Kek Sarang Semut or Gula Hangus? Aku pun x sure.


Sarang semut dia jadi..


Puas hati aku!


Ola guys!
Yeah, yeah I know..! I kept on putting the pictures of food I cooked and I ate. I can't help it. I liked to cook and eat. By the way, plus amik gambar makanan dengan pelbagai setting and angle. Kamera aku bukan kamera canggih cam kau la Kamal, tapi aku memang suke amik gamba makanan yang aku masak dan makan.
Untuk breakfast aku buat Kek Sarang Semut malam sebelumnya. Yelah kuih macam ni mana bole nk makan terus buat kan. Masa aku kecik2 ibu aku rajin sangat buat kuih the night before untuk the next morning breakfast. Apa yang aku buat sekarang adalah hasil pemerhatian aku masa kecik la. Harap-harap Tini pun ikut jugak macam tu, sebab dia pun dah tunjuk minat masuk dapur. Bila aku kat dapur je, mula dia bawak stool berdiri sebelah aku, dengan bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut dia. "What ya doing Ummi?", "Can I help?", "Why is the cake black?" dan macam-macam lagi. Sampai satu tahap aku istighfar sebab tak terjawab soalan dia. But what ever aku ingat, kalau nak anak cerdik, patuh, hormat orang tua, kita jawab elok-elok. Baru lah dia develop. Klu korang tengok mulut dia, korang rase nak tarik jer (geram!), sebab tak bole berhenti tanya soalan unless dia tido or makan.
Klu korang minat nak buat Kek Sarang Semut ni resipi aku nk share. Cam biasa la amik at my resipi, oleh newbie123.
BAHAN-BAHAN:
Karamel:
Gula 1 cawan*
Marjerin /Butter 2 sudu makan**
Air Panas 1 cawan**
Gula 1/2 cawan**
Tepung 1 cawan
Susu segar 1/2 cawan
Telur 4 biji
Soda Bikarbonate 2 sudu teh
Cara-cara:
Karamel
1. Cairkan gula 1 cawan* dalam periuk. Jangan sampai hangit. Tutup api.
2. Biler dah cair dan perang, masukkan air panas. Gula akan meruap, so careful.
3. Lepas tu, masukkan gula 1/2 cawan** dan marjerin. Cairkan, kacau sebati, sejukkan.
4. Pukul telur 4 biji tu sampai kembang. (aku pakai blender, senang)
5. Masukkan Soda Bikarbonate, susu, dan tepung. Blend sebati.
6. Last sekali masukkan karamel yang dh sejuk, blend lagi bg sebati.
7. Perap 1 jam.
8. Sapu marjerin kat acuan pembakar. Bakar pada suhu 180 degrees dalam 30 ke - 40 minit.
Puyuh lepas kena bakar

Puyuh dah siap

Pagi ni aku panggang puyuh dalam oven. Aku buat plak kuah percik untuk puyuh ni. Suka la hubby aku ape lagi. Dia memang suka makan puyuh. Aku ckp ngan dia lauk ni bole buat lauk pantang nanti, but instead of pakai cili kering, ganti dengan lada hitam. Camni aku masak.

BAHAN-BAHAN:

Puyuh 8 ekor

Bawang Merah 6 biji*

Bawang Putih 4 biji*

Halia saiz ibu jari*

Serai 2 batang*

Cili Kering 10 biji (rebus dulu)/ Lada Hitam untuk orang dalam pantang*

1 1/2 Santan Pekat (untuk orang dalam pantang bole ganti dengan susu cair)

Gula merah

Garam

Gula Pasir

Cara-cara:

1. Blend semua bahan bertanda *

2. Ambil sedikit bahan blend perap kan puyuh tadi.

3. Bakar puyuh separuh masak

4. Baki bahan blend tumis hingga garing.

5. Masukkan santan/susu.

6. Kacau jangan sampai santan pecah.

7. Masukkan gula merah, gula pasir, garam (secukup rase korang)

8. Masak hingga pekat. (klu terlalu pekat atau sikit kuah boleh tambah air)

9. Setelah kuah masak, celupkan puyuh yang separuh masak tadi dalam kuah, dan bakar hingga keperangan atau garing atau masak.

10. Tuang baki kuah tadi ke atas puyuh.

11. Siap.

5 comments:

  1. rajinnya dik apai masak yer..heheehe..baru semlm akak mkn kuih sarang semut @ gula hangus ni..nt leh try arr ikut resepi apai ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnye kek hangus tu...tingt bln pose je dpt mkn kuih tu...

    ReplyDelete
  3. yeaaa, bestnye.kat sane pun ada puyuh ye kak.Ooohh my lil' tini gurl.bising ye mulut die kak.rindunye.anak dare akak makin bijak.speaking lagi tu.Die reti cakap melayu ke tak?Macam best je nak borak ngan tini.Mesti keletah.Siapla, akak pantang nanti dia turun dapur :D

    ReplyDelete
  4. ni yang aku malas nak masuk blog ko nih...
    asyik gambar makanan jer...
    kalau leh makan best jugak...

    ReplyDelete
  5. kuih gula hangus tu 1 of my feveret kuih tau pai...sedapnyerrrr....

    ReplyDelete

Say Something