Pulut Kuning

June 11, 2009

Semalam plak buat pulut kuning dengan rendang. Untuk 30 people (including us la..). Anyhow, sebagai panduan kita bersama, dan diri ku sendiri nak merujuk di masa hadapan, inilah resipi pulut kuning ku, selepas beberapa eksperimen.. this recipe is the best! courtesy of http://jeligho.blogspot.com/ your recipe is the best!

PULUT KUNING (serves 10 people)
*Beras Pulut 5 cawan
*Sesudu kecil serbuk kunyit
*asam keping (untuk colour preservation)
*air untuk merendam
*santan cair 3/4 cawan
*santan pekat 3/4 cawan (dibancuh atau perah dengan air masak)
*1 sudu makan penuh gula
*2 sudu teh garam

CARA-CARA
  • Rendam pulut bersama-sama serbuk kunyit dan asam keping. Sekurang-kurangnya 8 jam. Contohnya, jika hendak masak pada waktu malam untuk sarapan keesokannya, rendam waktu pagi hingga petang sehari sebelum.
  • Panaskan pengukus, toskan beras.
  • Apabila pengukus cukup panas, kukus beras tadi selama 20 hingga 30 minit dengan membalik-balikkan beras setiap 10 minit agar rata masaknya. Hati-hati membalikkan agar tidak hancur beras.
  • Selepas 30 minit, keluarkan dari pengukus, dan masukkan ke dalam besen (apa2 bekas yang cukup besar pun ok, untuk mudah menggaul beras)
  • Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit gaul hingga rata. Proses ini hendaklah dibuat segera, ketika masih panas.
  • Apabila santan telah meresap, lapikkan periuk kukus dengan daun pandan, tuangkan beras yang telah digaul santan cair tadi dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit atau hingga lembut beras pulut. Sambil balik-balikkan agar rata masaknya.
  • Sambil itu, bancuh santan pekat tadi dengan gula dan garam. Pastikan sebati.
  • Keluarkan pulut yang telah masak tadi, tuangkan kembali ke dalam besen.
  • Tuang perlahan-lahan dan gaul rata santan pekat ke atas pulut. Gaul rata hingga semuanya meresap dan pulut bertukar menjadi berminyak dan berkilat.

Siap! makanlah dengan apa-apa yang disukai.

Selamat Mencuba, merujuk dan apa-apa lah.

5 comments:

  1. ngidam akak masak.buleh.haha

    ReplyDelete
  2. best ni sedap..pulut kuning special occasion ke atau naik pangkat ni? heheh saje gurau2 jgn mare

    ReplyDelete
  3. wadah: ngidam.. hihihi.. dtg ah umah mak akak nnti.. dtg siang pun x pe. akak masakkan ye?

    fida: saje2 buat.. budak2 kat ofis tu.. order for breakfast and lunch everyday, so semlm menu pulut kuning for breakfast. it's ok Fida, tau awak gurau.

    ReplyDelete
  4. salam...nak balik ke malaysia terus atau pun bercuti...leh lah jumpa nanti..

    ReplyDelete
  5. AnonymousJune 12, 2009

    Teringat pulut kuning kat kampung pulak...memang sedap kalau makan dengan rendang..

    ReplyDelete

Say Something