The Original Tepung Pelita

December 9, 2009


Biasanya bila sebut tepung pelita, mesti bayangkan bekas empat segi macam sampan tu, lapis hijau yang manis sebelah bawah, dan lapis putih lemak-lemak kat belah atas. Ramai tak tau itu bukan lah tepung pelita yang asli (except for the bekas sampan). Semacam dah mixed up dengan kuih 'tako'.

Jadi saya buat keputusan nak kongsi resipi dengan semua, yang mana resipi ni resipi asli tepung pelita dan cara membuatnya lagi mudah.




TEPUNG PELITA (anggaran 25 bekas kecil)
 *dimasak bersama
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
pewarna hijau

*dimasak bersama
2 cawan tepung beras (rice flour)
8 1/2 cawan santan cair
3/4 sudu kecil garam

Bekas (buat dari daun pisang)

Langkah-langkah membuat bekas

1. Potong daun pisang bentuk 4 segi sama atau 4 segi panjang (ikut suka hati), anggaran 6x4 inci/6x6 inci. (saiz ikut kegemaran masing-masing)





2. Lipat kiri dan kanan bahagian daun (pastikan sama lebar, anggaran 1 inci)







3. Lipat pula bahagian atas dan bawah (juga pastikan sama lebar, anggaran 1 inci)



4. Buka lipatan dan pastikan anda mendapat kesan lipatan seperti berikut.



5.Tarik bahagian atas, dan lipat 2 setiap hujung penjuru seperti yang ditunjuk dalam gambar.


6. Anda akan mendapat garisan dan bentuk segitiga seperti dalam gambar.



7. Lipatan tadi dicantum dan dillipat ke tengah (pd bahagian atas), seperti dalam gambar dan cantumkan dengan stapler. (secara tradisional, biasanya menggunakan lidi, saya nak cepat, *wink!)



8. Ulang langkah 5 hingga 7 pada bahagian seterusnya.


 
9. Hasilnya.







 CARA MENYEDIAKAN KUIH:


1. Masak air gula, sebaik sahaja larut dan mendidih tutup api dan sejukkan.
2. Campuran tepung dan santan dimasak sekali, selama (anggaran) 20 minit. (Jangan sampai mendidih atau likat, sekadar meruap dan hampir pekat). Kacau sepanjang masa, pastikan tidak melekat pada periuk.
3. Panaskan pengukus pada suhu sederhana jangan terlalu tinggi. Jangan letak bekas pengukus dahulu, cukup sekadar periuk bahagian bawah yang berisi air dan ditutup.
5.Selepas itu dengan menggunakan senduk tirus atau jag bermuncung tirus, tuang campuran tepung yang telah dimasak tadi (anggaran) hingga 2/3 paras bekas.
6. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak, tetapi jangan terlalu lama.
7. Sejukkan dan hidang.
Mudahkan? Cubalah, rasanya berbeza dan lagi sedap. (my opinion)

11 comments:

  1. bestnye posting ni....... suka step by steps picts tu. buat lagi sebundle utk kita.. hihihi :)

    ReplyDelete
  2. Syigim: thanks! tulah bile kite nak 'hang-out' ni? Anytime, I bole buat for u Syigim, senang je.

    ReplyDelete
  3. wah2 akak den.kemain lagi ni...rajin akak ni.nnt tinot besa leh tlg kan.hehe

    ReplyDelete
  4. hohoho...memang bijak2...kene blajar ni dari chef kita nie teruskan usaha murni anda....oh baru teringat...saya ada join contest dia suruh org lain coment..contest tu berbunyi begini..level 1 cabaran master kamiblogger..so sudi2lah koment ya...hohohotrima ksih...

    ReplyDelete
  5. nmmy84: alah biaso jo wadah. akak tunggu si tinot ni nak tolong ke x nnti.

    detektif wan: salam kenal, introduce urself la.. (*wink) ok, nnti i drop by. thanks for dropping by, ok. jenguk2 lah selalu.

    ReplyDelete
  6. sonoknye fairus.. when ur a good cook, tepung pelita pun bole ckp kacanggg je buat ye ;) hmmm...my sisters are comin, n ur parents r comin.. kita lepak soon ok :)

    ReplyDelete
  7. apai, haruss den cubo nih..

    ReplyDelete
  8. apai, harus den cubo nih.. mesti sodap..

    ReplyDelete
  9. ibu hani: heheheh selamat menjengah blog den. timbul ko ye. lama x jumpe ko banun.

    ReplyDelete
  10. salam kenal kenalan dr Abu Dhabi :D
    lamer dh ker dok uae? dgr citer org dubai lagi best aka sporting!! jeles ar!!! :B

    ReplyDelete
  11. butterfly: selamat menjengah blog. Duk sini dah 3 tahun lebih dah. Sporting, wait let me think? setakat ni semua ok je. meh la jalan2 dubai, sy kat springs, dr abu dhabi x jauh..

    ReplyDelete

Say Something