aMong My laSt weeKend beFore tHe tiMe... (part 1)

March 1, 2009

One more month, and after this I am in time of waiting for the delivery time. Eii.. takut.. takutnyer..! Dari pregnant 7 months hari tu aku memang teringin sangat nak makan laksa. tapi laksa sedap kalau dapat ikan segar kan.. Dan dari hari tu jugak tertangguh-tangguh nak pegi Fish Market kat Shindaga Tunnel tu. Mana taknya, abang sayang lepas subuh je tido balik. Hujung minggu la katekan. Penat aku cakap. This week tak kira, kena jugak pegi.
Pepagi keluar rumah, selepas menempuh jem sebab nak cari parking kat dalam pasar tu, aku pulang dengan pelbagai hasil ikan. Kembung khasnya untuk buat laksa, hehehehe. Tenggiri, parang, selar, sotong, udang, ketam, tongkol (nanti nak buat nasik dagang plak.) dan bawal. Puas hati aku!
Balik tu ape lagi mengerjakan ikan le. Sambil la buat preparation untuk laksa. Sampai laki aku balik dari sembahyang Jumaat pun aku tak siap masak lagi. Alhamdulillah dia memahami. Die pun tolong le mana yang bole. So sharp kul 2.15 baru la terhegeh-hegeh nak start makan.
Ya, Allah.. sedapnyer laksa! Lama tul tak makan. Mana la nak cari laksa kat Dubai ni unless aku buat sendiri. Ini kalau member hubby aku tau memang terliur la diorg. Hari tu ade gak member hubby buat makan-makan kat umah dia, tapi laksa x ngam la. Kureng rase. So aku macam sedih sikit. Tu yang teringat-ingat laksa jer sampai la ni. Plus lagi la, aku memang ade beli otak udang bawak ke sini... peh! Lagi la sodap!
Lunch hari ini


Laksa aku


Ptg tu lepas asar, kitaorg siap-siap le nak keluar. Aku ajak laki aku g ATLANTIS. Hotel ni dah bukak since last year September. Beside hotel mewahnye, ade lah macam-macam kat dalam ni. Water park (AQUAVENTURE), Akuarium (THE LOST CHAMBER), Dolphin Bay, Avenues (tempat shopping) dan ape tah lagi aku pun x sure la. Yang pastinye aku nak g akuarium die, plus bawak anak aku yang asyik terperuk kat rumah je tiap kali balik sekolah tu, jalan-jalan. Kalau korang ade terbaca la pasal The Palm Jumeirah, tanah yang diorg tambak tengah laut tu, jadi bentuk Palm Tree, hmm kat situ la letaknyer ATLANTIS tu. Kire-kire dalam 15 minit drive dari umah aku kat Discovery Garden.
On the way to Palm Jumeirah


Dah nampak ATLANTIS!


Hmm.. mewahnya. Berapa la nak spend just untuk tidur kat sini?


Kat dalam dah


Apa Tini Buat tu?

Clown Fish @ Nemo and Dori Fish


Lawanya gigi!


Tak boleh tengok orang senang


Nak balik dah


Lepas puas jalan-jalan kat ATLANTIS, aku ajak hubby aku pegi Dubai Mall plak, sebb aku nak makan kat California Pizza Kitchen. Aaku asyik terngiang-ngiang jer DJ radio tu sebut California Pizza Kitchen, dengan garlic bread die yang sedap, dan tah ape-ape lagi kan. Plus, aku nk singgah Mothercare kat situ. Store die besar giler. Barang banyak, dan aku nak check out baby seat @ bouncer, brand Fisher Price. Parpasan Baby Bouncer, klu tak silap aku.

Anyway, memang sedap makan kat California Pizza Kitchen. Kepada kawan-kawan Dubai you should visit this place. I am definitely coming back for more sebelum bersalin ni.

Dinner Time


The Works Pizza


Chicken Penne

4 comments:

  1. yummyy...nampak sedap tul pizza tu ek pai....

    ReplyDelete
  2. yana: memang sedap, pizza nipis, lembut, manis, toppings jangan cerite. Lagi la, sedap dgn cheeessseee...! kegemaran aku ngan tini. Masa ni la nk makan, klu dh lepas besalin, kena jaga body.

    ReplyDelete
  3. aros melantak skang kan..nnt time 2 jaga body jek..hehe..
    *sis...brdebar kan tggu waktu nk brsalin.kite lg 3bln je..seram jek

    ReplyDelete
  4. nyonya*PIE : maunyer x seram ja. akak ni dh menunggu masa jer... dah la mak bapak xde nanti uuuwwaaahhh!!! tapi abg sayang ade, at least kan. melantak tetap melantak, nanti lepas bersalin dalam pantang jaga body kasi cun, pastu kite tunjuk gambo before and after..ekk? kasi terkejut semua orang.

    ReplyDelete

Say Something