What You Need After Birth And During Confinement

March 3, 2009

Edisi yang ni, untuk panduan dan persediaan. Apa supplement or jamu yang nak diambil. Macam aku, aku guna Nona Roguy. Masa Tini dulu aku ambil Nona Roguy jugak. Alhamdulillah berkat ikut amalan dan panduan pemakanan jamu, tak sampai seminggu luka jahit kat bawah dah kering. Badan pun cepat la slim. 30 hari berpantang, badan dah kecik balik la, banding dengan lepas bersalin. Sepanjang pantang memang aku rasa bertenaga, but still aku kena control movement and everything. Anak pun sihat, tak meragam malam or siang. Hah, tips untuk bagi anak jangan nangis malam-malam aku share dalam next post nanti. What ever jenis jamu yang korang ambil, amalkan lah dengan penuh disiplin. Kalau korang nak guna Nona Roguy, dialu-alukan. Aku tulis pasal Nona Roguy sebab compilation ni untuk hubby aku. Plus, aku memang amalkan tradisi Jawa betul-betul so pakai jamu pun jamu Jawa la jugakkan? So let the sharing begin.
KEPERLUAN DALAM BERPANTANG DAN SELEPAS BERSALIN

Ibu

Jamu (Nona Roguy) mengandungi:

PHYTO NATAL
: menguatkan badan, mengurangkan berat badan, membanyakkan penghasilan air susu

AKAR HERBANIKA : menambah khasiat pemakanan, menguatkan badan ibu-ibu selepas bersalin, mengurangkan lebihan air dalam badan, mengurangkan berat badan berlebihan, keletihan dan sakit sendi

MINYAK HERBANIKA : Untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang, menguatkan otot perut dan payudara, mengurang ‘stretch mark’ akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, melancarkan aliran darah dan mengurangkan kahak. *Bagi yang bersalin secara pembedahan, hanya sapu di bahagian atas dan bawah abdomen, pinggang dan pinggul dan balut dengan bengkung bahagian tersebut.

HERBANIKA KRIM BARUT : Versi moden dari herbanika barut serbuk. Untuk mengencangkan kembali otot-otot perut khasnya wanita selepas bersalin, juga digunakan untuk melegakan sakit sendi dan otot. *Di sapu selepas menyapu Minyak Herbanika

HERBANIKA LULUR : Untuk merawat dan menghaluskan kulit, serta mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit

UNCANG CUCI HERBANIKA : Untuk kegunaan air cebok tradisional, bagi mengurangkan kegatalan, keputihan dan kesegaran tempat sulit.

MINYAK BERUBAT MUSTAJAB
boleh menggantikan minyak telon untuk bayi dan lain-lain kegunaan luar.
Makanan Tambahan (spt di bawah)

PHYTO FIBER : Detox badan, supaya kadar penyerapan ubat-ubat yang bakal diambil lebih berkesan.

NU-AGE : Pemulih luka dalaman dan luaran, menghalus dan mencantikkan kulit, melancarkan aliran darah, pemangkin kepada ubat-ubatan yang diambil ketika berpantang, kesihatan menyeluruh.

BIDADARI : Memulihkan otot rahim dan faraj, membina semula otot rahim agar lebih kuat dan sihat, melancarkan aliran darah nifas, kesegaran tubuh.

Q-SHE : Menguat dan menegangkan kembali otot-otot di bahagian payudara dan punggung.

AMAZING : Madu dgn khasiat tambahan utk pemanis makanan atau minuman. Atau diambil begitu sahaja.

BENGKUNG 2 helai : Untuk kecantikan tubuh badan, dan kesihatan peranakan.

PILIS/PARAM : Untuk di bubuh dibahagian kepala, agar darah putih tidak naik ke bahagian kepala. Boleh digantikan dengan MINYAK HERBANIKA sekiranya tiada.

KAIN BATIK : Pakaian ketika dalam pantang. Yang paling mudah dipakai dan dibuka.

PAM SUSU

TUALA WANITA

STOKIN IBU

Anak

PAKAIAN BAYI
BARUT BAYI

SARUNG TANGAN DAN KAKI
KAIN BEDUNG
KURMA/MADU (untuk diberikan selepas lahir)

TOILETRIES (kebersihan bayi)

MINYAK BERUBAT MUSTAJAB (digunakan untuk menggantikan minyak telon bayi)

Persediaan untuk ke hospital

Beg Bayi
Pakaian Bayi
Pakaian Ibu
Kain bedung bayi
Barut
Bengkung
Minyak Herbanika
Uncang Cuci
Tuala
Tuala Wanita
Toiletries
Phyto Fiber
Nu-age
Stokin ibu

No comments:

Post a Comment

Say Something