Ayam Ungkep

June 1, 2009

Ni lagi satu masakan jawa. Senang nak masak sesuai untuk semua waktu. Masak lauk untuk pagi raya pun bole untuk budak2 makan.

Hari ni menu untuk budak2 ofis aku masak lauk ni, dengan kerabu epal hijau. Memang jodoh lah lauk ni.. aku makan sedap je.. Lauk ni memang favourite Tini jugak.. so before lunch hour dia dah mintak nasik so by 12 noon kitaorg dah siap lunch.

Came nak masak? Resipi nye seperti di bawah :

AYAM UNGKEP

1. Seekor ayam (anggaran 1.3kg), di potong 8
2. Serai 1 batang (diketuk, pecah)
3. Bawang merah 3 biji*
4. Bawang putih 5 biji*
6. Halia setengah ibu jari*
*tumbuk bahan2 ni.

7. 1.5 sudu makan serbuk ketumbar*
8. 1 sudu makan serbuk jintan*
9. 1/2 sudu makan serbuk kunyit*
*bancuh bahan2 ni dengan air supaya jadi pes

10. Air asam jawa (1/2 cawan)
11. Garam kasar 1 sudu makan
12. Gula 3 sudu makan
13. sedikit air
14. sedikit lada hitam

CARA-CARA:

1. Tumis bahan tumbuk dan bawang hingga naik bau.
2. Masukkan pula pes tadi. Tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan lada hitam.
4. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan tumis tadi. Tutup kuali atau periuk, kecutkan ayam dalam 10 minit atau hingga isi hampir masak.
5. Kacau ayam tadi agar tidak hangit pada bahagian bawah.
6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul rata, masukkan sedikit air untuk mendapatkan kuah.
7. Gaul lagi ayam, pastikan ayam betul2 masak. Rasa garam dan gula.
8. Masakan ini hendaklah manis sedikit, sekiranya garam dan gula kurang, tambah ikut selera masing2.
9. Bila siap, boleh la dihidang

p.s. masakan ini, sesuai untuk orang berpantang. Selain dari ayam, boleh juga diganti dengan sotong, daging, hati/pedal ayam, limpa dan paru.

10 comments:

  1. amboi sejak da masak2 ni asyik entri masak yo kak.hehe.mano gambar kerabu epal.macam best yo.

    ReplyDelete
  2. bolehla try time berpantang nti, nak sruh en. nas buatkan..ekeke..

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 01, 2009

    Tak pernah dengar plak resipi ayam ungkep ni.. Macam sup ayam ek... boleh suami masak time saya berpantang nanti.hehe :D

    ReplyDelete
  4. zaiy: mmg.. senang je nak masak fadzil pun dh handal dah masak lauk ni.

    blogresipi: bukan sup ayam.. actually masakan die tak berkuah sangat.. ala2 rendang gitu.. tapi say ayg bubuh air sikit bg berkuah, sebb bile sejuk kuah tu sejat so ade lah sikit2 nak dibubuh kat nasik nnti.. bole makan dalam pantang.. tak lah boring ulang2 makan lauk2 tawar.. pasal lauk ni dah complete, halia, bwg putih, kunyit, serai, lada hitam..

    p.s. klu pregnant, dr sekrg makan lobak putih sampaila hbs pantang.. banyakkan air susu tau.

    ReplyDelete
  5. AnonymousJune 02, 2009

    Terima kasih for tips.. lobak putih boleh makan tp susu tu, kureng minat la kak.. skrg pun terpaksa amik supplement kalsium je...:)

    ReplyDelete
  6. hohohooo ungkeppp feberet nekpp itewww ahaks ;)

    ReplyDelete
  7. wah meleleh air liur tgk ayam ungkep ni boleh try ni...menu baru :)

    ReplyDelete
  8. AnonymousJune 02, 2009

    wah..kena try nih..

    ReplyDelete
  9. blogresipi : lobak putih tu, utk bnykkan air susu, hehehe... puas anak menyusu nanti.

    nekPP : sodapkann?

    Fida : masakan Jawa ni Fida, kakangmu (abangmu, dlm bhs jawa) mesti suka banget!

    izhannasaiful09 : kak, try la.. senang je.. budak2 mesti suka.

    ReplyDelete
  10. fairus

    hehehehe wajib belajar ni masakan ni harus.

    ReplyDelete

Say Something