Popiah Basah

June 4, 2009

Hari ni, buat POPIAH BASAH. Sambil tu amik order maximum 50 utk budak2 kat site ofis. En.hubby plak exceed sampai 65 orang.. hmm sabor je.. Malam tadi buat kulit cukup la, lebih sebenarnya dalam 90 keping. Pagi tadi masa tengah gulung, inti tak cukup plak. Haru betul. Lepas untuk 58 biji je.. bakinye takde inti dah. So sape yang reserve last minute tu, dapat jugak tapi x dapat la mcm full order diorg. Anyway nak share resipi nih.. after try test until dapat jugak kulit popiah yang ngam! Resepi ni senang je nak bancuh, masa lengser tu nak kena pandai baru dapat nipis. Taklah cun mcm yang kat pasar malam tu, tapi taste not bad!
POPIAH BASAH (anggaran 12- 15 keping)

Kulit Popiah, Bahan2nya:
a. 2 cawan tepung gandum
b. 3/4 cawan air
c. 1 biji putih telur
d. 2 sudu besar cuka makan
e. secubit garam

Cara-cara:
a. bancuh cuka, garam dan air bersama
b. buatkan perigi/lubang ditengah2 tepung.
c. masukkan air dan putih telur bergilir2 sedikit demi sedikit
d. bancuh sehingga semua bahan rata dan tidak bergentel.
e. panaskan non-stick pan, pastikan suhu tidak terlalu panas. (saya letak api no.2)
f. lengserkan dengan cepat dan senipis mungkin, bulatan dari luar ke dalam.
g. apabila bahagian tepi mula lekang, angkat dan tak perlu di balikkan kerana kulit nipis.
h. kulit yang telah siap tadi hendaklah ditutup dengan tuala lembab sepanjang masa supaya tidak kering.

Inti:
a. Lobak merah 4 batang, dihiris menegak (anggaran 2cm panjang)
b. Kobis (sedang) 1/2 biji, dihiris halus
c. Udang kering 2 sudu makan
d. bawang merah 3 ulas
e. bawang putih 4 ulas
f. lada sulah
g. 1 biji kuning telur (baki buat kulit)
h. minyak untuk menumis

Cara-cara:
a. Bawang mearh, putih dan udang kering ditumbuk lumat.
b. tumis bahan tumbuk tadi.
c. masukkan lada sulah
e. bila naik bau, masukkan kuning telur
f. gaul rata.
g. masukkan lobak, kacau rata hingga hampir masak, diikuti dengan kobis.
h. gaul rata, bila nampak hampir layu tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti keluar berair pula inti tu.

Sos:
a. 2 sudu cili kering mesin.
b. 3 sudu besar gula merah
c. bawang putih 1 ulas (diracik halus)
d. sos tiram 3 sudu makan
e. 1/2 cawan air
f. 1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan 1/2 cawan air.

Cara-cara:
a. tumis bawang putih hingga naik bau.
b. masukkan cili mesin, tumis hingga garing.
c. masukkan pula gula merah dan air.
d. kacau rata, masukkan sos tiram dan bancuhan tepung tadi.
e. kacau rata hingga mendidih dan pekat.

Bahan-bahan lain:
a. Bawang goreng
b. Kacang goreng ditumbuk kasar.

Cara gulung:
a. Ambil sekeping kulit popiah.
b. Sapu sesudu teh sos rata di bahagian tengah kulit.
c. tabur bahan-bahan (bawang goreng dan kacang)
d. Bubuh sesudu makan inti (atau lebih, up to you guys)
e. Gulung, dan lipat sekali bahagian tepi dan terus menggulung hingga habis. Gam bahagian tepi dengan menyapukan air.
f. buat sampai habis.

PASTU MAKAN

SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

  1. fairus

    Tahniah...order memberansangkan benda susah nak dpt tu :)

    Thanks sudi share resepi...nanti fida pon nak cuba gak selalu beli kulit popia yg readymade je.

    ni pon dok menguli tepung ada org request nak bun inti kacang merah utk esok..

    ReplyDelete
  2. fida: alhamdulillah, dpt gak income sambil2 duk umah. bagus la fida pun amik order.. memenuhi masa terluang sambil tu dpt pocket money. rezeki kite kan. thanks to fida gak, resipi2 yg fida share tu.. ade gak dh try.. especially tauhu hr tu..perghh! sodap!

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan juga....menarik gak ngok popia basah ni...dah lama ke u duk di dubai...

    ReplyDelete
  4. eiramalik : terasa nak makan tu yang buat sambil2 amik order. duk dubai dah 3 tahun dah.. sampai dh dapat baby lg.

    ReplyDelete
  5. fairus, i ni reti buat popiah goreng je.. popiah basah x minat tp my mr. khairul yg suka sgt popiah basah ni! lepas ni bole la try buat ni utk dia ;)

    ReplyDelete
  6. rajin tol akak neh.nanti balik sini blh masak sodap2 yo

    ReplyDelete
  7. fairus

    sama2 share resepi tukar2..ialah rezeki daripada x buat apa2 ada gak duit poket sket

    ohh kalau fida buat msk tauhu cili mesti kena extra pedas..asben suka pedas2 org jawa katakan heheheh

    p/s kalau nak gi fish market tu calling2 lah nak konvoi sekali?

    ReplyDelete
  8. mmg sedap popiah basah. penah buat bulan posa thn lepas. cuma penakut sikit nak leperkan tepung atas pan tu guna tgn last2 leperkan ngan senduk je.

    ReplyDelete

Say Something